Saturday, April 17, 2010

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar,Perak Darul Ridzuan dengan penuh tekad,keazaman dan beriltizam serta berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga kami untuk;

1. Menyediakan program Pengajaran dan Pembelajaran yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak pelajar,masyarakat dan negara.

2. Menentukan proses Pengajaran dan Pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3. Memberikan peluang dan layanan yang saksama kepada pelajaran tanpa mengira latar belakang,agama dan keturunan.

4. Mengadakan alat bantu mengajar yang berkesan,canggih dan terkini.

5. Menyediakan perkhidmatan yang cekap,pantas dan bijaksana.

6. Menyediakan perkhidmatan guru dan staf sokongan yang berdedikasi,beriltizam, terlatih,bertanggungjawab dan produktif serta berkhidmat dengan penuh semangat kekeluargaan.

7. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa dengan amalan perkhidmatan penyayang.

8. Sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan pelajar,guru,ibu bapa dan masyarakat.

9. Meningkatkan kegemilangan dan martabat professional keguruan.

0 comments:

Post a Comment